Tips Pertama : Penampilan diri
Anda
peru sentiasa menjaga penampilan diri supaya nampak seksi di mata
pasangan masing – masing. Bagi lelaki, anda perkemaskan diri anda
sepenuhnya. Jangan serabaikan muka anda dengan jambang yang tidak kemas
dan sebagainya. Kemaskan muka anda. Pakai baju yang seksi dan sasakan
badan untuk sentiasa di perhatikan oleh isteri anda.
Bagi
isteri pula, hiasi diri anda ketika bersama suami di dalam rumah.
Antara perkara yang boleh anda lakukan adalah sentiasa mewangikan diri
anda dengan wangian – wangian menggoda. Pakai pakaian yang boleh menarik
perhatian suami anda. Tukar penampilan rambut supaya suami tidak jemu
melihat gaya yang sama sahaja.
Kedua : Sentuhan sayang
Sentiasa
menyentuh pasangan anda dengan perasaan sayang. Ketika anda berdua
berjalan di luar, pegang tangan pasangan anda. Jangan lepaskan kecuali
perlu. Ketika ada peluang, peluk pasangan anda, cium dia, urut dia dan
ucapkan kata – kata sayang.
Ketiga : Bermain cinta
Apabila
bercakap, gunakan perkataan yang menggoda seperti sayang dan
sebagainya. Pandang mata pasangan anda tepat pada matanya. Sentiasa
mendengar pasangan anda bercerita sehingga habis. Puji pasangan anda
secara santai dan spontan.
Keempat : Mewujudkan suasana romantik di dalam rumahPastikan rumah anda sentiasa berada dalam keadaan kemas, bersih dna teratur. Apabila rumah anda kemas, anda akan rasa lebih tenang. Jika anda lelaki, sentiasa tolong pasangan anda menguruskan rumah seperti membasuh baju, memasak dan mengemas rumah. Lakukannya bersama – sama dengan gembira dan santai.
Kelima : kehidupan seks yang sihat
Sentiasa
mengetahu kehendak seks pasangan masing – masing. Perbaiki diri jika di
tegur oleh pasangan anda. Katakan anda tidak puas, nyatakan masalah
anda tersebut pada pasangan anda. Selepas mengadakan hubungan seks, anda
boleh mandi bersama – sama. Sentiasa mengubah posisi seks juga boleh
memberi kepuasan yang berlainan setiap kali melakukan hubungan seks.
No comments:
Post a Comment